Saturday, 28 February 2015

Shortnote ust daud 1.3.15

Taufiq-diberi petunjuk utk ibadah kpd Allah

Tabiat suka makan- tabiat haiwan. 

Penawar hati- 
1.perlu merasa cukup dgn nikmat kurniaan Allah
2.syukur dgn nikmat Allah

Ilmu yg bermanfaat-ilmu yg diamal

Bnykan ucapan tahlil ketika hidup supaya ketika nazak dpt dipermudah utk mengucapnya

Hadis ibnu mas'ud-rasullah s.a.w berkata bahawa org yg berada dlm majlis ilmu,walaupun tanpa pen,lebih baik dr memerdekakan 1000 org hamba,dan apabila melihat muka org alim, lebih baik dr membeli kuda utk jihad, dan memberi salam pd org alim lebih baik dr ibadah seribu tahun

Senang ditipu syaitan jika beramal tanpa ilmu.



 

Friday, 27 February 2015

Short note ust daud 27.2.15

Ulamak sufi- maksud lalai dlm solat adalah ketika lupa pd sesetgh tmpat ketika solat

Kenapa niat utk beribadat-membezakan antara ibadat dan adat

Rukun-mesti kena baca atau buat dan sebahagian dr hakikat ibadat-batal ibadat klu rukun tidak dilaksanakan

Syarat-kena baca dan buat tetapi luar dr hakikat ibadat tersebut -tidak sah ibadat klu syarat ditinggalkan

Mazhab hanafi-6 rukun solat
Mazhab maliki-14 rukun
Mazhab hambali-14 rukun
Mazhab syafie-13 rukun

Mualat- berturut2..

Sah solat jika membaca surah sebelum membaca al-fatihah.

Wednesday, 25 February 2015

Shortnote ust malik 26.2.15 etiqa

5 golongan doa mereka xkan ditolak
1-org yang dizalimi selama mana tidak mempunyai dendam utk membalas kezaliman bahkan berdoa kebaikan pd org yg zalim

2.org yg menunaikan haji 
3.org yg berjihad di jalan Allah
4.org yang sakit sebelum sembuh
5.org yg suka berdoa utk org mukmin yg lain

Jgn berurusan perkara dunia dengan hati nescaya mati hati.

Bnykan meminta dgn Allah.


Sunday, 22 February 2015

Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

 Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.


PeribadiRasullah