Thursday, 3 December 2015

Perkara membatalkan wuduk

 Yang pertama keeluar sesuatu sama ada dr lubang depan atau belakang kecuali air mani diri sendiri yang keluar pertama kali melalui mimpi.

Jika air mani yg keluar kemudian dimasukan kembali kemudia keluar semula ,batal wuduk

Keluar sesuatu dengan yakin dr tubuh yg hidup..tidk btal jika keluar sesuatu dr org mati.

Hilang akal, mabuk, gila dan gila babi.

Menyentuh antara lelaki dan perempuan tanpa lapik yg bkn mahram.


Friday, 27 November 2015

Urusan dunia

SELAGI MANA URUSAN DUNIA....
IANYA BUKAN MASAALAH BESAR.

Jgn bersedih dgn urusan dunia
Seorang lelaki yg sedang dirundung kesedihan datang menemui Sayidina Ali bin Abi Tholib, ia pun berkata, “Wahai Amirul Mukminin, aku datang kepadamu karena aku sudah tidak mampu lagi menahan beban kesedihanku.”

Sayidina Ali menjawab, “Aku akan bertanya dua pertanyaan dan jawablah !”

Lelaki itu berkata, “Ya, tanyakanlah !”

“Apakah engkau datang ke dunia bersama dengan masalah-masalah ini?” kata Ali bin Abi Tholib

“Tentu tidak” jawabnya.

“Lalu apakah kau akan meninggalkan dunia dengan membawa masalah-masalah ini?” tanya sy Ali bin Abi Tholib

“Tidak juga” jawabnya.

Lalu Sayidina Ali berkata,

“Lalu mengapa kau harus bersedih atas apa yang tidak kau bawa saat datang dan tdk mengikutimu saat kau pergi?”

“Seharusnya hal ini tidak membuatmu bersedih seperti ini. Bersabarlah atas urusan dunia..

Jadikanlah pandanganmu ke langit lebih panjang dari pandanganmu ke bumi dan kau pun akan mendapat apa yang kau inginkan….

TERSENYUMLAH..! 
KERANA REZEKI MU TELAH DIBAHAGI DAN DI SUSUN OLEH ALLAH 
DAN URUSAN HIDUP MU TELAHPUN DI ATUR OLEH YG MAHA PENCIPTA..….

Urusan dunia tdk layak untuk membuatmu bersedih semacam ini karena semuanya ada di tangan Yg Maha Hidup dan Maha Mengatur….”

Kemudian Sayidina Ali bin Abi tholib meneruskan ungkapannya,

“Seorang mukmin hidup dalam dua hal, yaitu kesulitan dan kemudahan. Keduanya adalah nikmat jika ia sadari.

Dibalik kemudahan ada rasa syukur.
Sementara Allah berfirman,

وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ -١٤٤-
“Allah akan Memberi balasan kepada orang yang bersyukur.”
(QS.Ali Imran: 144)

Dan dibalik kesulitan ada kesabaran. Allah berfirman,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ -١٠-
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpan batas.”
(QS.Az-Zumar: 10)

Bagi seorang mukmin, kesulitan dan kemudahan adalah ladang untuk menabung pahala dan hadiah dari Allah SWT. Lalu kenapa masih bersedih?

Jangan selalu mengeluh "Ohh masalahku begitu besar. Tapi katakan pada masalah itu, 
Sungguh aku punya Allah yang Maha Besar".......

Semoga menjadi pedoman untuk kita didalam mengharungi cabaran hidup di dunia ini.

Hanya kepada Allah sahaja aku menyerahkan urusan hidup ini...
Dan hanya kepada Allah sahaja tempat aku bergantung harap dan memohon pertolongan. 

#copypaste#

Thursday, 26 November 2015

Nafsiah dan salbiyah

Sifat nafsiah- sifat wujud dan zat
Ada zat ada wujud, ada wujud ada zat
Tidak diterima akal jika tiada salah satu
Juga dikenali sifat base diri

Sifat salbiyah- menafikan sifat yg tidak layak atau berpatutan ada pd zat Allah s.w.t

Tuesday, 24 November 2015

Ust khairul anuar-masjid chendering

Antara adat dan ibadat-
Jika ibadat tiada sumber-tinggalkan spt bacaan ayat kursi dan surah ikhlas 7x atau 3x dlm solat hajat

Saibah-unta betina yg melahirkan 10 ekor anak unta betina berturut2-menurut arab jahiliyah-unta ini tdk boleh ditunggang atau dibuat kerja,

Bahirah-anak kepada Saibah-akan dipotong telinga dan juga xboleh ditunggang 

Surah al-maidah-ayat 103.

Doa berjalan jauh-baca alkafirun - iza ja dan 3 qul diakhiri dgn basmallah.


Monday, 23 November 2015

Renungan bersama

Sekadar Perkongsian ....

Jom fikir-fikirkan...

Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......

Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atasmu ada 3;
Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....

Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2;
Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insyaAllah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"

Allahurabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami...

Tuesday, 29 September 2015

Peranan isteri-ust dusuki

Jom pujuk suami anda untuk solat subuh berjemaah krn itu yg akan membezakan antara munafiq dan mukmin.